Bantu Polis kesan 4 lelaki Bangladesh

Bantu Polis kesan 4 lelaki Bangladesh

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan empat orang lelaki warga Bangladesh yang dikehendaki untuk membantu siasatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, empat lelaki berkenaan ialah Rafique Miah, 37, yang memegang kad pengenalan 51-282120 dan pasport bernombor A 0593119; Alam Late Ayub Ali, 41, dengan kad pengenalan 51-294957 dan nombor pasport F 0214616; Masum Mia, 23, dengan kad pengenalan 51-347066; serta Akidul Islam, 30, yang mempunyai kad pengenalan bernombor 51-347005.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki-lelaki berkenaan boleh menghubungi pegawai menguasa Balai Polis Kuala Belait di talian 3334324/3334325 atau Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Rafique Miah (kiri) / Alam Late Ayub Ali (kanan)
Rafique Miah (kiri) / Alam Late Ayub Ali (kanan)
Masum Mia (kiri) / Akidul Islam (kanan)
Masum Mia (kiri) / Akidul Islam (kanan)

ARTIKEL YANG SAMA