Bantu polis kesan dua beradik tidak pulang

Bantu polis kesan dua beradik tidak pulang

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua orang adik-beradik warga tempatan masing-masing berusia 15 dan 16 tahun yang dilaporkan belum pulang ke rumah sejak 3 Jun 2016 yang lalu.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan mengenai Nurul Saidatul Hafiqah dan kakaknya, Nurul Saidatul Attiekah binti Mohammad Ariffin telah dibuat di Balai Polis Limau Manis.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua remaja berkenaan, diminta menghubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis melalui talian 2683085 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Nurul Saidatul Hafiqah dan kakaknya, Nurul Saidatul Attiekah.
Nurul Saidatul Hafiqah dan kakaknya, Nurul Saidatul Attiekah.

ARTIKEL YANG SAMA