Bantu polis kesan dua beradik

Bantu polis kesan dua beradik

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua beradik remaja perempuan yang keluar rumah sejak 19 Oktober 2015 dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan telah dibuat pada 22 Oktober 2015 mengenai Siti Aminah binti Jefridin, 21, dan Siti Nur Amaelina binti Jefridin, 18, yang tinggal di Kampung Bukit Bunga, Jalan Lumapas. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua mereka supaya menghubungi Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Kampong Ayer di talian 2202114 dan hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Siti Aminah (kanan) dan Siti Nur Amaelina yang dilaporkan keluar rumah sejak 19 Oktober 2015.
Siti Aminah (kanan) dan Siti Nur Amaelina yang dilaporkan keluar rumah sejak 19 Oktober 2015.

ARTIKEL YANG SAMA