Bantu polis kesan dua pekerja warga asing

Bantu polis kesan dua pekerja warga asing

pg06_150709_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan mengenai seorang lelaki warga Bangladesh, Rubel Hossain berusia 28 tahun yang memegang pasport bernombor BC 0202504 dan kad pengenalan 51-274186 telah dibuat di Balai Polis Muara pada 2 Julai 2015.

Sementara itu, satu lagi laporan dibuat di Balai Polis Sengkurong pada 12 Jun 2015 mengenai seorang lelaki warga Indonesia, Gazni Handika Saputra berusia 27 tahun yang memegang pasport A 9342982.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan bolehlah menghubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Muara di talian 2772253 dan Pegawai Penyiasat Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, atau talian Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA