Bantu polis kesan dua wanita ini

Bantu polis kesan dua wanita ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita Melayu/Malaysia yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Raminah binti Kalling berumur 29 tahun dan memegang kad pengenalan kuning bernombor 31-013494 serta beralamat di Jalan Sungai Tampoi, Kampung Sengkurong.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan diminta menghubungi terus Unit Siasatan Jenayah Penderaan Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping di talian 2232001-007 sambungan 215/210/212 pada waktu pejabat atau talian Hotline 993.

Dalam pada itu, Pasukan Polis Diraja Brunei turut memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja wanita warga Indonesia, Masliyah, 28, yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita tersebut, yang memegang pasport bernombor A9222001, bolehlah menghubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Kuala Belait di talian 3334324 atau 3334325 atau talian Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Raminah binti Kalling.
Raminah binti Kalling.
Masliyah.
Masliyah.

ARTIKEL YANG SAMA