Bantu polis k...

Bantu polis kesan dua warga asing

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua warga asing bagi membantu siasatan.

Salah seorang di antaranya ialah Md Boyej Uddin, 30, warga Bangladesh yang memegang pasport bernombor BC0129744, menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Sementara seorang lagi bernama Md Mainal Haque, 35, warga Bangladesh memegang kad pengenalan bernombor 51-327814, yang mana alamat terakhirnya di Simpang 1046, Kampung Tanah Jambu, Jalan Muara dan kali terakhir dilihat memakai pakaian baju kemeja panjang, seluar jean biru dan memakai selipar serta mempunyai susuk badan sederhana dengan ketinggian 163 sm.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai butiran mengenai dua lelaki tersebut bolehlah menghubungi Balai Polis Kuala Belait melalui talian 3334324 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Md Boyej Uddin.
Md Boyej Uddin.
Md Mainal Haque.
Md Mainal Haque.

ARTIKEL YANG SAMA