Bantu polis kesan lelaki ini

Bantu polis kesan lelaki ini

pg06_160504_c

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan Mohd Suhaibun bin Abdullah (gambar) yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Unit Penderaan Wanita dan Kanak-kanak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, Mohd Suhaibun memegang kad pengenalan warna hijau bernombor 716079 dengan tarikh lahir 1 Jun 1955.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan bolehlah menghubungi pegawai bertugas Unit Penderaan Wanita dan Kanak-kanak di talian 2423901 dan talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.