Bantu polis kesan lelaki ini

Bantu polis kesan lelaki ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan, Rehan bin Adi yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, Polis Diraja Brunei menyatakan bahawa laporan telah dibuat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah untuk membantu aduan bagi lelaki berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki tersebut bolehlah menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di talian 2459500 sambungan 496/299 pada waktu pejabat atau talian Hotline 993.

Rehan bin Adi dikehendaki untuk membantu siasatan polis.
Rehan bin Adi dikehendaki untuk membantu siasatan polis.

ARTIKEL YANG SAMA