Bantu polis kesan Lina

Bantu polis kesan Lina

pg06_160524_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga kini belum ditemui.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Limau Manis mengenai Lina Azizah, 19, (gambar) yang memegang pasport bernombor B1262483 dengan alamat terakhir di Nombor 1, Simpang 789, Kampung Parit, Jalan Mulaut/Limau Manis.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penguasa Balai Polis Limau Manis di talian 2683035, 2683037 sambungan 17 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA