Bantu polis kesan mereka

Bantu polis kesan mereka

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua lelaki warga asing yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Chaiwat Sriworasarn, 25, warga Thailand yang memegang kad pengenalan pendaftaran bernombor K80226 dilaporkan lari sejak 4 November 2015 dan laporan dibuat di Balai Polis Pusat. Alamat terakhir lelaki berkenaan ialah Kampung Telanai, Bandar Seri Begawan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya bolehlah menghubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat melalui talian 2242334 atau Talian Kecemasan 993.

Chaiwat Sriworasarn.
Chaiwat Sriworasarn.
Nurul Alam.
Nurul Alam.

Sementara itu, laporan mengenai warga Bangladesh, Nurul Alam berumur 35 tahun yang memegang pasport bernombor BN-F0705338 dan kad pengenalan 51-291237 (H) telah dibuat di Balai Polis Tutong.

Lelaki berkenaan dilaporkan lari sejak 5 November 2015 dan alamat terakhirnya ialah Kem Pekerja Syarikat L.C.Y Development Sdn Bhd, Kampung Perpindahan Bukit Beruang, Tutong.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya bolehlah hubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong di talian 4221206 atau Talian Kecemasan 993.

ARTIKEL YANG SAMA