Bantu polis kesan Mohammad Arif

Bantu polis kesan Mohammad Arif

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berbangsa Melayu yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, Mohammad Arif bin Matussof, 27, memegang kad pengenalan 00-319134 (kuning) dan beralamat di No. 3 Simpang 467/32 Kampung Orang Kaya Besar Imas, Jalan Pulaie.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung terus ke Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di Tingkat 2 Blok 2C Ong Sum Ping atau talian 2232001/007 sambungan 211/215/217 waktu pejabat, atau talian hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Mohammad Arif.
Mohammad Arif.

ARTIKEL YANG SAMA