Bantu polis kesan Muhammad Arif

Bantu polis kesan Muhammad Arif

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, laporan mengenai Muhammad Arif, 27, yang memegang kad pintar bernombor 51-383563 (Hijau) telah dibuat di Balai Polis Muara.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi terus Pegawai Menguasa Balai Polis Muara di talian 2772253 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Muhammad Arif, 27 tahun.
Muhammad Arif, 27 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA