Bantu polis kesan pekerja ini

Bantu polis kesan pekerja ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja lelaki asing warga Bangladesh yang lari daripada majikan dan hingga hari ini belum dijumpai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, kedua-dua lelaki berkenaan yang bekerja sebagai buruh binaan Syarikat LCY, iaitu Ismail, 30, yang memegang pasport bernombor ADO704785 dan Mohammad Shamim Asraf Akash, 25, dengan pasport bernombor AC7703636.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua pekerja tersebut, supaya menghubungi terus Pegawai Penguasa Balai Polis Tutong di talian 4221206 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Mohammad Shamim Asraf Akash (kanan) dan Ismail yang dilaporkan lari daripada majikan.
Mohammad Shamim Asraf Akash (kanan) dan Ismail yang dilaporkan lari daripada majikan.

ARTIKEL YANG SAMA