Bantu polis kesan pekerja ini

Bantu polis kesan pekerja ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pembantu rumah perempuan warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan telah dibuat Balai Polis Berakas pada 14 Februari 2015 mengenai Nurfatanah, 25, dengan memegang pas-port bernombor AT140520, yang lari daripada majikannya di Jalan 64 Kampung Perpindahan Lambak Kanan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Berakas di talian 2335333 dan 2330410 sambungan 20, Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Nurfatanah yang melarikan diri daripada majikan.
Nurfatanah yang melarikan diri daripada majikan.

ARTIKEL YANG SAMA