Bantu polis kesan pekerja lari

Bantu polis kesan pekerja lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja wanita warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan mengenai Lis Jamilah, 23, yang memegang pasport bernombor B1333402 dan kad pengenalan 51-378245(H) telah dibuat di Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan diminta supaya menghubungi terus Pegawai Penguasa Balai Polis Berakas di talian 2342334 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Lis Jamilah.
Lis Jamilah.

ARTIKEL YANG SAMA