Bantu polis kesan pekerja lari

Bantu polis kesan pekerja lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, laporan mengenai Mohammad Abdul Khaliq, 30, yang memegang pasport bernombor AT 375387 telah dibuat di Balai Polis Berakas, Daerah Brunei dan Muara pada 7 April lalu.

Alamat terakhir beliau ialah di No.1 Simpang 18 Jalan 77, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Perpindahan Lambak Kanan, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta supaya menghubungi terus Pemangku Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas di talian 2330412-13 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA