Bantu polis kesan pekerja lari

Bantu polis kesan pekerja lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga kini belum ditemui.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara pada 14 April 2016 mengenai Sabroni, 36, (gambar) yang memegang pasport bernombor A5576409 dengan alamat terakhir di Nombor 8 Simpang 531 Kampung Kapok Jalan Muara.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Balai Polis Muara di talian 2772253 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

p06-2_20160427

ARTIKEL YANG SAMA