Bantu polis kesan pekerja lari

Bantu polis kesan pekerja lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja asing warga Bangladesh yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan mengenai Mohammad Rukon Ali yang memegang kad pengenalan pintar bernombor AE 785101 (hijau) telah dibuat di Balai Polis Muara.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta supaya menghubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas di talian 2330410/2330412 dan hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Mohammad Rukon Ali, warga Bangladesh yang dilaporkan lari daripada majikan.
Mohammad Rukon Ali, warga Bangladesh yang dilaporkan lari daripada majikan.