Bantu polis kesan remaja lari

Bantu polis kesan remaja lari

pg02_160413_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan warga tempatan berusia 17 tahun yang lari dari rumah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, laporan mengenai Norsyakina binti Zambri (gambar) pemegang kad pengenalan bernombor 01-102205 dengan alamat terakhir di Simpang 12, Kampung Delima Satu Jalan Muara, telah dibuat di Balai Polis Berakas pada 23 Mac 2016 lalu.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan diminta hubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas di talian 2330412-13 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA