Bantu ringank...

Bantu ringankan beban mangsa kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-sekolah terus prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama bagi keluarga dan murid atau pelajar yang ditimpa musibah bagi meringankan beban mereka.

Sehubungan itu, seramai 38 orang murid dan pelajar yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kampung Sungai Asam, Kampung Lurong Dalam, Kampung Pandai Besi, Kampung Kapok di Daerah Brunei Muara, Kampung Sungai Tanit, Bangar, daerah Temburong dan Flat Kediaman F6, Bilik 3, Lorong 109, Penanjong Kem, Daerah Tutong menerima derma dalam Majlis Penyampaian Derma yang berlangsung di Dewan Persidangan P1, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, hari ini

Penyampaian sumbangan derma berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus.