Bantu sebelum terlambat

Bantu sebelum terlambat

KADANGKALA seseorang individu itu merasakan masalah kehidupan telah datang menimpa mereka seperti dihujani batu bata, menyebabkan mereka menjadi putus asa dengan kehidupan.

Bagaimana seseorang melihat beban setiap masalah dan persiapan dari segi psikologi dalam menanganinya memang berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain. Kesediaan seseorang itu bergantung pada sifat peribadi masing-masing, yang menentukan bagaimana seseorang itu memberikan respons terhadap kesemua masalahnya.

Para remaja dan belia kerap merasakan stres, keliru atau terdesak dalam menangani pelbagai situasi yang mereka hadapi di sekolah, di tempat kerja atau malah dalam keluarga mereka. Situasi-situasi yang sangat membebankan mereka mungkin akan menjadi punca yang boleh mendorong mereka bunuh diri. Mereka mungkin berfikir dengan cara bunuh diri adalah satu-satunya jalan keluar. Menurut WHO, bunuh diri merupakan punca kedua paling kerap terjadi dalam kalangan peringkat usia produktif. Terdapat banyak faktor bagi kadar kes bunuh diri yang tinggi dalam kalangan remaja dan belia.

Emosi remaja kerap tidak stabil, kerana perubahan emosi yang mendadak. Kebolehan kognitif yang belum matang menjadikan mereka bertindak balas dengan mengikut perasaan, tidak mengendahkan kesan negatif dalam tindakan mereka. Ketidakmampuan dalam menangani emosi negatif seperti ini boleh mendo-rong mereka memilih untuk bunuh diri.Situasi yang sukar dan penuh dengan tekanan yang berat sangat mempengaruhi emosi seseorang dan menjejaskan keberkesanan seseorang dalam menangani situasi sukar.

Jika stres digabungkan dengan simptom-simptom kemurungan, ia boleh mencapai ke satu tahap di mana tindakan bunuh diri dianggap sebagai satu-satunya cara penyelesaian.

Menguatkan hubungan anda dengan kawan anda yang mengalami tekanan stres merupakan jalan yang terbaik dalam memberikan sokongan moral dan sosial.
Menguatkan hubungan anda dengan kawan anda yang mengalami tekanan stres merupakan jalan yang terbaik dalam memberikan sokongan moral dan sosial.

Bagaimanapun, kesemua risiko itu boleh dikurangkan. Terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat bagi membantu kawan-kawan atau orang sekeliling anda yang menghadapi situasi sukar. Memberikan sokongan moral dan sosial mungkin menjadi salah satu caranya. Sokongan sosial terbukti berkesan dalam mengurangkan stres.

Menguatkan hubungan anda dengan kawan anda yang mengalami tekanan stres merupakan jalan yang terbaik dalam memberikan sokongan sosial, kerana anda telah memberikan beliau kepercayaan untuk berkongsi masalah dan perasaan, mengurangkan sebahagian beban emosi yang mereka tanggung. Jika anda mempunyai kawan-kawan yang mengalami tekanan stres, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah menjadi ‘pendengar setia’. Anda mendengar cerita-cerita mereka dan memberikan kata-kata semangat, sambil mengelakkan kata-kata yang boleh menyinggung.

Satu cara yang lebih umum adalah dengan mencipta persekitaran pembelajaran atau tempat kerja yang santai dan mesra, ini kerana meskipun seseorang itu perlu menangani sesuatu yang berat dan sukar, mereka masih boleh merasa selesa melakukannya.Jika tahap stres itu meningkat atau mencapai tahap tertinggi dan keberkesanan diri sangat rendah, itu mungkin mendorong kepada kemurungan. Pada kebiasaannya bantuan pakar psikiatri diperlukan untuk merawat kemurungan.

Kesemua perkara di atas perlu dilakukan demi membantu orang sekeliling kita, agar mereka tetap bersemangat dalam menangani masalah harian mereka.