Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bantu selamatkan nyawa, tambah bekalan darah

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Hampir 50 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah di The Garden’s Veranda, Kampung Rimba, Gadong, hari ini.
     
    Kempen tersebut dianjurkan oleh The Garden’s Veranda dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
     
    Kempen berkenaan bukan sahaja melambangkan inti pati kemanusiaan, tetapi juga menekankan perpaduan dan kebajikan dalam masyarakat setempat.
     
      Menurut jurucakap The Garden’s Veranda, Dayang Norfatin Asmah binti Mohd Afandi ketika ditemui wartawan, ini adalah kali pertama pihaknya menganjurkan kempen seumpama itu dengan harapan bagi mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai agar ia akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai.
     
      “Timbulnya inisiatif untuk menganjurkan kempen ini bukan sahaja bagi menambah jumlah stok bekalan darah tetapi ia secara tidak langsung dapat membantu menyelamatkan nyawa,” jelasnya.
     
    Seorang lagi penderma, Awang Mohd Afiq Zakwan bin Haji Abdul Metusin, 28, telah menjadikan ayah beliau sebagai pembakar semangat untuk menjadi salah seorang yang bergelar penderma aktif dalam kempen derma darah ini.
     
    Beliau yang mengongsikan pengalaman pertama menderma darah bersama ayahnya di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan pada 2019 dan sejak dari itu, beliau aktif menyertai mana-mana kempen derma darah dan ini adalah kali yang ke-17 beliau menderma darah.
     
    “Penyertaan dalam mana-mana kempen derma darah dilakukan setiap dua bulan sekali dan bagi mengekalkan kesihatan sebelum menderma darah, saya mengamalkan pengambilan makanan yang sihat,” tambahnya.
     
    Antara orang ramai yang menyertai kempen berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...