Bantu tambah bekalan darah

Bantu tambah bekalan darah

Oleh Noorhamizan

Haji Mohd Mosbi

TEMBURONG, 29 April – Sempena sambutan hari ulang tahun penubuhannya yang ke-56 tahun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Operasi G, Daerah Temburong telah mengadakan kempen derma darah bagi warganya dan masyarakat awam di daerah ini, hari ini.

Kempen yang diadakan di Bangunan Operasi G Balai Bomba dan Penyelamat, Pekan Bangar itu merupakan anjuran bersama Unit Tabung Darah Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh seorang doktor dan beberapa orang pegawai perubatan serta jururawat.

Semasa kempen tersebut, sebanyak 35 pin darah secara keseluruhannya telah berjaya dikutip.

Penganjuran kempen diharap dapat membantu menambah bekalan tabung darah di negara ini, selain memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan darah terutamanya kepada mangsa-mangsa kemalangan dan pesakit yang mengidap penyakit kronik.

Suasana kempen menderma darah anjuran cawangan Operasi G  Balai Bomba dan Penyelamat  Pekan Bangar.
Suasana kempen menderma darah anjuran cawangan Operasi G Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Bangar.

ARTIKEL YANG SAMA