Bantu tumpas sindiket dadah

Bantu tumpas sindiket dadah

JAKARTA, 30 Ogos (Agensi) – Pihak berkuasa Indonesia telah bergelut dengan kemasukan terbaru dadah haram, secara khususnya dadah syabu dan pil ekstasi yang dieksport oleh sindiket dadah haram di Guangzhou, China, masuk ke Indonesia.

Ketua Agensi Narkotik Negara (BNN), Anang Iskandar, telah mengesahkan bahawa Indonesia telah menjadi laluan penting dan pasaran untuk sindiket dadah antarabangsa di Asia.

“Salah satu pembuat dadah haram adalah Guangzhou, di wilayah Guangdong, China,” menurut Iskandar.

BNN telah mengesahkan laluan-laluan sindiket dadah antarabangsa yang termasuk China, Taiwan, Hong Kong, dan Afrika Barat, katanya.

Dan juga, industri-industri desa yang menghasilkan heroin dan dadah terlarang yang telah berkembang di China.

Dadah jenis syabu yang dieksport oleh sindiket dadah haram ke seluruh dunia. - Reuters
Dadah jenis syabu yang dieksport oleh sindiket dadah haram ke seluruh dunia. – Reuters

Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC), hampir 13.7 tan dadah syabu dihasilkan di China pada 2014, 75 peratus yang mana telah dihasilkan di wilayah Guangdong dan 6 peratus di Sichuan. Sebahagian daripada pengeluaran telah dieksport keluar, termasuk ke Indonesia.

Sindiket tersebut menyeludup pelbagai jenis dadah terlarang masuk ke Indonesia, termasuk jenis perangsang amphetamine (ATS), ekstasi dan syabu.

Pelbagai jenis dadah haram telah diseludup ke Indonesia oleh sindiket terancang disebabkan permintaan tinggi daripada pasaran dalam negara ini, kata Iskandar.

Sasaran utama adalah golongan muda, yang membentuk sebahagian besar penduduk di Indonesia katanya.

ARTIKEL YANG SAMA