Bantuan New Zealand bagi pembinaan Fiji

Bantuan New Zealand bagi pembinaan Fiji

WELLINGTON, 30 Mac (NNN) – Kerajaan New Zealand kelmarin menggandakan jumlah pakej bantuan sebanyak 3 kali ganda bagi membantu pembinaan semula infrastruktur awam di Fiji akibat taufan.

Menteri Luar Murray McCully mengumumkan pakej tambahan sebanyak 10 juta NZ dolar (AS$6.85 juta), dengan berkata kesan Taufan Winston pada bulan lalu telah merebak meluas dan tugas untuk memulihkan infrastruktur itu mungkin lama dan mahal.

Penempatan asal kapal bekalan tentera laut Canterbury New Zealand, HMNZS itu juga telah diperluaskan dan ia akan kekal di kawasan tersebut sehingga pertengahan April bagi membantu tugas-tugas pembinaan Angkatan Pertahanan New Zealand di Kepulauan Lau utara.

Sebahagian besar daripada pembiayaan itu akan digunakan untuk membina semula sekolah, pusat pemindahan dan kemudahan perubatan di Vanua Balavu dan tempat lain di Fiji.

ARTIKEL YANG SAMA