Banyak lagi bandar China keluarkan amaran asbut

Banyak lagi bandar China keluarkan amaran asbut

BEIJING, 24 Dis (Agensi) – Lebih banyak bandar di China mengeluarkan amaran berwaspada tahap merah kerana pencemaran sebagai respons kepada ramalan asbut yang teruk, selepas ibu negara, Beijing, mengeluarkan sebanyak dua bulan ini, berikutan kritikan kerana tidak bertindak mengeluarkannya lebih awal.

Wilayah Shandong di timur China mengeluarkan amaran berwaspada bahawa pencemaran udara di kawasan tersebut boleh melepasi paras tinggi bai tempoh lebih 24 jam.

Biro Perlindungan Alam Sekitar Shandong berkata amaran berwaspada bermula p;agi ini dan taman didikan kanak-kanak, sekolah rendah dan menengah diarahkan tutup manakala kerja-kerja pembinaan dan jalan raya perlu dihentikan segera.

Pencemaran udara China semakin menjadi-jadi selepas tiga dekad negara itu menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Dalam tahun-tahun kebelakangan, kerajaan dilaporkan berkata ia cuba untuk menyelesaikan masalah itu tatkala para warga semakin meningkat kesedaran mereka mengenai bahaya pencemaran.

Pihak berkuasa meteorologi di Hebei, wilayah yang berjiran dengan Beijing dan dianggap sebagai yang paling tercemar China, mengeluarkan amaran berwaspada tahap merah pertama kerana asbut pada Selasa.