Banyak lagi perlu dilakukan untuk elak Britain keluar

Banyak lagi perlu dilakukan untuk elak Britain keluar

BRUSSEL, 19 Feb (AFP) – Para pemimpin Eropah mempunyai banyak perkara untuk dilakukan di persidangan Brussel untuk mencapai satu perjanjian untuk mengelakkan Britain menjadi negara pertama untuk keluar dari blok itu, presiden Kesatuan Eropah (EU) Donald Tusk memberi amaran hari ini.

Perdana Menteri Britain David Cameron menggesa rakan sejawatannya pada hari pertama mesyuarat tegang dua hari ini untuk mencapai “perubahan” yang boleh dipercayai yang membolehkannya untuk mengadakan satu pungutan suara pada keahlian EU Jun ini.

Namun dalam berdepan kebimbangan dari Perancis dan negara-negara timur Eropah, Tusk memberi amaran rundingan pusingan telah meninggalkan banyak lagi untuk dilakukan untuk mencapai persetujuan untuk menolak apa yang digelar “Brexit”.

“Buat masa sekarang saya hanya mampu mengatakan kami telah melakukan beberapa kemajuan namun banyak lagi perlu dilakukan,” Tusk memberitahu ketika sidang media ringkas, sebelum bergegas ke pusingan baru rundingan-rundingan dua hala bersama pemimpin-pemimpin utama.

Canselor Jerman Angela Merkel kelihatan begitu menyokong pendirian Cameran tatkala EU mencari untuk mengekalkan perpaduan supaya boleh memfokuskan pada hal yang lebih besar seperti krisis pelarian.

Jean-Calude Juncker (kiri) dan Donald Tusk ketika sidang media ringkas sebelum memulakan rundingan hari kedua di Brussel. – AFP
Jean-Calude Juncker (kiri) dan Donald Tusk ketika sidang media ringkas sebelum memulakan rundingan hari kedua di Brussel. – AFP

“Perjanjian itu tidak begitu mudah untuk diambil bagi kebanyakan namun niat baik ada di situ. Kami sudah bersedia untuk bertolak ansur kerana kebaikan lebih tinggi berbanding keburukan apabila adanya Brexit,” Merkel memberitahu para wartawan.

Namun Perdana Menteri Ireland Enda Kenny memberi amaran: “Saya berasa ia mungkin lebih panjang berbanding apa yang mereka fikir.”

Cameron, di bawah tekanan daripada Parti Konservatif hak pusatnya, mengatakan dia akan menyokong ‘Undian ya dalam pungutan suara jika dia berupaya untuk mengurangkan perjanjian di Brussels.

Dalam pada itu, dia berkata semua pilihan kini terbuka, keengganan untuk menolak kemungkinan Britain menjadi negara pertama untuk meninggalkan EU dalam sejarahnya lebih daripada 60 tahun.

Dengan masa yang semakin singkat, Tusk mengadakan rundingan bersemuka dengan Cameron dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Calude Juncker lewat hingga malam dalam bidaan untuk mengatasi halangan-halangan akhir kepada perjanjian.

Tusk juga berjumpa dengan Presiden Perancis Fransois Hollande, Perdana Menteri Belgium Charles Michel dan Perdana Menteri Republik Czech Bohuslav Sobotka.