Banyak makan ikan berisiko melahirkan anak gemuk

Banyak makan ikan berisiko melahirkan anak gemuk

MIAMI, 16 Feb – Wanita yang makan lebih daripada tiga hidangan ikan yang disyorkan setiap minggu ketika hamil akan melahirkan anak damit yang berisiko besar mengalami obesiti berbanding ibu-ibu yang kurang memakannya, menurut satu kajian kelmarin.

Kajian dalam Jurnal Pertubuhan Pediatrik Perubatan Amerika (JAMA) itu mendapati satu pertubuhan di antara pengambilan ikan yang tinggi dan kemungkinan meningkatnya pertumbuhan dan obesiti dalam keturunan, namun para penyelidik mengingatkan bahawa mereka belum membuktikan sebarang sebab dan kesan.

Wanita-wanita hamil sering mengambil berat mengenai berapa banyak ikan untuk dimakan, memandangkan ia amat baik dalam meningkatkan perkembangan otak janin namun ia juga mengandungi bahan pencemar seperti merkuri yang boleh memudaratkan.

Para penyelidik berkata banyak kerja perlu diselesaikan, dan setakat ini ia hanya menjadi “spekulatif” kepada hipotesis.

Kajian yang diketuai oleh Leda Chatzi, seorang doktor d Universiti Crete, menganalisis data dari lebih 26,000 wanita hamil dan anak-anak mereka di Eropah dan kajian-kajian Amerika Syarikat.

Ibu-ibu hamil yang memakan terlalu banyak ikan berisiko melahirkan anak gemuk. – Reuters
Ibu-ibu hamil yang memakan terlalu banyak ikan berisiko melahirkan anak gemuk. – Reuters

Kajian itu bergantung pada laporan-laporan wanita tentang berapa banyak ikan yang mereka makan ketika mengandung, dan diikuti dengan anak-anak mereka sehingga berumur enam tahun untuk mendedahkan kaitan di antara pengambilan ikan ketika mengandung dan pertumbuhan kanak-kanak.

Jumlah ikan yang para wanita makan berbeza dari purata 0.5 kali seminggu di Belgium hingga 4.45 kali per minggu di Sepanyol. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA