Bapa anak damit pula meninggal dunia

Bapa anak damit pula meninggal dunia

RAMALLAH, Tebing Barat, 9 Ogos (Reuters) – Bapa anak damit Palestin yang maut dalam serangan membabitkan pembakaran rumah secara sengaja seminggu lepas meninggal dunia semalam akibat kecederaan teruk yang dialaminya dalam kebakaran berkenaan.

Suspek penyerang Yahudi membakar rumah Saad Dawabsheh di kampung Duma di Tebing Barat pada 31 Julai lepas, mengorbankan anak damitnya berusia 18 bulan serta mencederakan dengan teruk isterinya serta anak lelaki keduanya, dalam tindakan yang disifatkan oleh perdana menteri sebagai pengganasan.

Jurucakap hospital Soroka di Israel di mana Dawabsheh menerima rawatan berkata beliau meninggal dunia awal semalam. Beratus-ratus warga Palestin berhimpun di majlis pengebumian Dawabsheh di Duma dan menggesa pakatan militan supaya bertindak balas ke atas kematiannya.

Kabinet Keselamatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menerima tekanan supaya bertindak tegas ke aras kumpulan pelampau Yahudi sejak serangan berlaku, dan kerajaan memutuskan untuk membenarkan penggunaan kaedah soal-siasat yang lebih tegas ke atas suspek militan Yahudi yang sebelum ini hanya digunakan ke atas warga Palestin.

Orang ramai mengusung jenazah Saad Dawabsheh ketika upacara pengebumiannya di kampung Duma berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat pada 8 Ogos 2015. – Reuters
Orang ramai mengusung jenazah Saad Dawabsheh ketika upacara pengebumiannya di kampung Duma berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat pada 8 Ogos 2015. – Reuters

Ia turut membabitkan permulaan bagi penahanan warga Israel yang disyaki melakukan keganasan politik ke atas wara Palestin tanpa dibicarakan, satu lagi amalan yang sebelum ini hanya dilakukan ke aras suspek warga Palestin.

Netanyahu mengeluarkan kenyataan yang melahirkan rasa “amat kesal” berhubung kematian Dawabsheh.

Sementara itu PBB berulang kali menggesa bagi tindakan segera ke atas para penyerang.