Bapa, anak peluk Islam

Bapa, anak peluk Islam

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Seorang lelaki berbangsa Iban dan anak perempuannya hari ini menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam untuk memeluk Islam dengan lafaz dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman di rumah Awang Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Hamid di RPN Kampung Rimba, Gadong.

Awang Dagat anak Rojoh, 52 dan anaknya, Dayang Eunice anak Dagat melafazkan ikrar pengislaman di hadapan pegawai-pegawai Unit Pengislaman dan Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir pada majlis pengislaman mereka yang kini dikenali sebagai Awang Nur Dahlan bin Muhammad Adam dan Dayang Nur Azyan Safiyyah binti Nur Dahlan, ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor serta datin.

Tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada kedua-duanya.

Majlis turut diserikan dengan dikir.

Pesuruhjaya Polis turut menyaksikan pengislaman bapa dan anak itu.
Pesuruhjaya Polis turut menyaksikan pengislaman bapa dan anak itu.
Awang Nur Dahlan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman dan Pengembangan Dakwah.
Awang Nur Dahlan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman dan Pengembangan Dakwah.

ARTIKEL YANG SAMA