Bapa Bianchi trauma tonton F1

Bapa Bianchi trauma tonton F1

BERLIN, 24 Sept (dpa) – Bapa kepada mendiang pemandu Formula Satu (F1) Jules Bianchi dilaporkan berkata dia trauma untuk menonton Grand Prix

(GP) dan perlumbaan GP Jepun pada hujung minggu ini adalah suatu tempoh yang susah untuk dihadapi bagi keluarganya.

“Mungkin dalam tempoh beberapa bulan, atau beberapa tahun, saya boleh menonton semula GP, saya tidak tahu, tetapi buat masa ini, ia suatu tempoh yang susah untuk dihadapi,” Philippe Bianchi memberitahu BBC Sport dalam satu temu ramah di laman sesawang mereka hari ini.

Formula Satu kembali ke litar Suzuka pada Ahad ini di mana hampir setahun lalu pemandu Perancis Bianchi mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan meninggal dunia pada Julai lepas, sembilan bulan selepas nahas berkenaan.

Philippe Bianchi (kiri) dan mendiang Jules Bianchi.
Philippe Bianchi (kiri) dan mendiang Jules Bianchi.

“Ia suatu masa yang susah untuk dihadapi kerana ia menandakan setahun sudah Jules terbabit dalam nahas, dan minggu ini bukan minggu yang baik untuk keluarga Bianchi,” kata Philippe Bianchi.

Bianchi, 25, yang memandu Marussia, berlanggar dengan kren bergerak yang mengalihkan kereta Sauber dipandu Adrian Sutil, yang mengalami kerosakan dalam perlumbaan pada 5 Oktober tahun lepas.

Dia koma dan meninggal dunia pada 17 Julai lepas.

Beberapa langkah sudah dilaksanakan F1 berikutan nahas itu, termasuk pengenalan kereta keselamatan maya.