Bapa bunuh 4 anaknya akibat pertikaian rumahtangga

Bapa bunuh 4 anaknya akibat pertikaian rumahtangga

BANGKOK, 8 Feb – Perunding Polis mengepung sebuah rumah di selatan negara itu semalam selepas seorang lelaki yang didakwa menembak mati empat anaknya berikutan pertikaian dengan isteri beliau.

Pertengkaran dalam pasangan dan percintaan kerap terjadi yang mengakibatkan pada peningkatan tembakan maut, sebahagiannya adalah kerana mudahnya untuk memiliki senjata api.

Polis berkata, lelaki itu mengurung dirinya dalam rumahnya di wilayah selatan Trang selepas membunuh dua anak lelaki dan dua anak perempuannya pada awal pagi Isnin.

“Polis terpaksa menggunakan tangga ke dalam bilik tidur untuk mengalihkan mayat kanak-kanak itu,” kata kapten polis tempatan, Wittawat Paiboon kepada AFP, sambil menambah bahawa lelaki itu, yang telah mengunci dirinya di bilik lain, mempunyai hubungan yang bermasalah dalam tempoh yang panjang dengan isterinya.

“Mereka adalah dua lelaki dan dua perempuan. Mereka telah sengaja dibunuh,” katanya, sambil menambah mangsa adalah di antara berumur 6 hingga 16 tahun.

Wittawat berkata lelaki itu dalam keadaan siuman dan waras apabila bercakap dengan perunding dan tidak kelihatan mabuk atau mengambil dadah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA