Bapa cabul anak tiri, direman

Bapa cabul anak tiri, direman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, memerintahkan seorang bapa tiri yang berdepan dakwaan mencabul kehormatan anak tirinya untuk terus ditahan reman bagi membantu polis menjalankan siasatan.

Lelaki berusia 30 tahun itu berdepan dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh kepada anak perempuan tirinya yang berusia 13 tahun ketika mangsa tidur di rumah mereka di Kampong Ayer, pada Mac 2016.

pg06_160512_mahkamah logo2

Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Kamaluddin memaklumkan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin akan kemungkinan tertuduh turut melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap adik mangsa yang berusia empat tahun.

Majistret Kanan Haji Nabil menetapkan 17 Mei untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA