Bapa dan anak sama hebat

Bapa dan anak sama hebat

KUALA BELAIT, 17 Sept –Haji Ismail bin Haji Kabon dan anaknya Mohd Sofian, menunjukkan kehebatan mereka dalam acara perlumbaan bot laju dan Jet Ski sempena Karnival Sungai Belait.

Kedua-dua mereka ternyata menjadi perhatian para penonton dari daerah ini serta kawasan lain berikutan kemahiran mereka mengendalikan bot laju dan Jet Ski masing-masing.

Dalam acara bot laju sempena karnival itu, Haji Ismail memandu bot laju 50HP Team Seri Laila 889 dengan penuh keyakinan sekali gus merangkul juara serta membawa pulang hadiah wang tunai $300.

Dalam acara Jet Ski 1800cc Super Charger pula, Haji Ismail sekali lagi menyerlahkan kehebatannya apabila meraih naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai $300.

Sementara itu, anak lelaki beliau, Mohd Sofian meraih kedudukan naib johan dalam acara perlumbaan Jet Ski 1600cc dengan membawa pulang hadiah wang tunai $300.

Haji Ismail bersama anaknya Mohd Sofian, serta para pemenang lain bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.
Haji Ismail bersama anaknya Mohd Sofian, serta para pemenang lain bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.