Bapa ikat pengendap anak gadis

Bapa ikat pengendap anak gadis

NINGBO, China, 28 Okt (Agensi) – Seorang lelaki pertengahan usia terpaksa menanggung malu selepas diikat di sebatang tiang lampu jalan di hadapan khalayak ramai kerana mengendap seorang gadis baru-baru ini.

Lelaki dikenali sebagai Xu itu diperlakukan sedemikian oleh bapa gadis tersebut yang berang dengan tindakan lelaki berkenaan mengekori anak perempuannya selama seminggu di bandar ini.

Xu, 51, didakwa mengekori gadis tersebut sebelum dan selepas waktu sekolah dengan tujuan mengganggunya sekali gus menyebabkan bapa pelajar itu bertindak menangkapnya, lapor People’s Daily.

Sebaik berjaya ditangkap, Xu ditampar berkali-kali oleh si bapa sebelum diikat di tiang lampu di luar sebuah pasar raya di Jalan Wang Mei pada 23 Oktober lalu.

Menurut polis, Xu mengakui perbuatannya dan kes tersebut sedang dalam siasatan lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA