Bapa maafkan pembunuh anaknya

SYDNEY, 10 Nov – Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut, selepas sebuah kereta dipandu wanita merempuh bangunan sekolah di Sydney, berkata beliau telah memaafkan pemandu terbabit, lapor agensi berita China Xinhua.

Jihad Darwiche, berusia lapan tahun dan rakan baiknya meninggal dunia, selepas kenderaan Utiliti Sukan (SUV), merempuh bilik darjah di sebuah sekolah di pinggir bandar, barat Sydney pada Selasa.

Maha Al-Shennag, 52, yang anaknya juga bersekolah di sekolah yang sama dengan mangsa, didakwa kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Pihak berkuasa percaya kemalangan tiada kaitan dengan pengambilan dadah atau alkohol.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial pada Jumaat, bapa Jihad berkata, beliau memaafkan Al-Shennag dan mempelawanya untuk “makan bersama dengan keluarganya”

Video itu dirakamkan ketika dalam perjalanan ke upacara pengkebumian pada Khamis.

Mesej Darwiche yang terjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris, antara lain mengatakan “ancaman yang diterima wanita berkenaan bukan daripada keluarga kami. Kami tidak akan berbuat perkara seperti itu, terhadap orang lain yang dianggap seperti saudara. Kami maafkan di atas apa yang terjadi.”

Media Australia melaporkan lebih 300 orang menghadiri upacara pengebumian di masjid Lakemba, yang terletak kira-kira 2.8 kilometer dari lokasi kejadian.

Keadaan kritikal, tetapi dijangka akan pulih sepenuhnya.

Keluarga Darwiche berkata, mereka ingin bertemu dengan Al-Shennag untuk menyatakan kemaafan secara peribadi. – Bernama