Bapa mengaku rogol anak

Bapa mengaku rogol anak

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Nasib seorang ayah yang merogol anak perempuannya akan diketahui 10 Oktober selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, hari ini, atas perbuatan yang dilakukannya.

Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu, yang tidak dapat didedahkan namanya untuk melindungi identiti mangsa, berdepan dua dakwaan merogol anaknya ketika berusia 11 tahun antara Mac 2013 dan 2014 di bilik tamu rumah mereka di Daerah Brunei dan Muara, dan pada Februari 2015 di rumah yang sama ketika anaknya berusia 12 tahun.

pg06_151006_mahkamah logo2

Mangsa merupakan anak kedua tertuduh, dan dalam prosiding hari ini, tertuduh merayu di hadapan Hakim Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman untuk mengurangkan hukuman dan menyuarakan kekesalan atas perbuatannya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurjauinah binti Haji Kula.

ARTIKEL YANG SAMA