Bapa tembak mati anaknya

Bapa tembak mati anaknya

NORLINA, 7 Sept – Pihak berkuasa Carolina Utara mencari seorang lelaki yang menembak mati anak lelakinya yang berusia 15 tahun dan kemudian mengaku menembak dan mencederakan bekas isterinya di laman sosial, Facebook.

Ketua Polis Norlina, Taylor Bartholomew, berkata Earl Valentine menendang pintu dapur rumah bekas isterinya di Mukim Warren dan menembak beliau sebelum membunuh anaknya. Bartholomew berkata, beliau kemudian bercakap dengan Valentine menerusi telefon dan menggambarkan beliau sebagai ‘kejam dan tidak berhati perut’ dan tidak menunjukkan penyesalan melepaskan tembakan itu.

Beliau juga mengesahkan Valentine menyiarkan video di akaun Facebooknya mengaku menembak bekas isterinya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA