Bapa tuntut ‘wanita hutan’

Bapa tuntut ‘wanita hutan’

PHNOM PENH, 1 Ogos – Seorang lelaki Vietnam mendakwa dia adalah bapa sebenar seorang wanita yang penderitaannya menarik tumpuan di Kemboja selepas dia tampaknya hidup selama 18 tahun di dalam hutan, menurut keluarga angkatnya hari ini.

Tuntutan paterniti yang mana keluarga angkat wanita itu percaya sekarang adalah betul, menambah putar belit kepada satu saga yang bermula dalam 2007 apabila seorang wanita bogel dan kotor ditemui cuba mencuri makanan daripada seorang petani.

Wanita itu yang kemudiannya digelar ‘wanita hutan’ oleh rakyat Kemboja—ditemui membongkok seperti monyet, mencari butiran nasi kering di tanah.

Dia diambil oleh sebuah keluarga Kemboja yang mengenal pastinya sebagai Rochom P’ngieng, seorang gadis yang hilang dalam 1989 semasa menggembala kerbau di wilayah Ratanakiri, kira-kira 600km ke timur laut Phnom Penh dan kawasan bagi beberapa hutan liar negara.

Sekarang, seorang lelaki Vietnam berusia 70 tahun Bernama Peo, mendakwa wanita itu sebenarnya anak perempuannya yang hilang dalam 2006 dan mempunyai sejarah penyakit mental.

Rochom Khampy, seorang ahli keluarga angkatnya, mengatakan Peo mengenalinya selepas melihat gambar baru-baru ini di Facebooknya.

“Dia mendakwa bahawa wanita itu adalah anak perempuannya yang sudah lama hilang,” dia memberitahu AFP melalui telefon. “Dia mengenalinya melalui tanda di bibirnya, keadaan telinganya dan parut di lengan kirinya.’

Lelaki Vietnam itu semenjak itu melawatnya dua kali, terbaru pada Sabtu dan bersetuju untuk membayar keluarga angkat wanita itu $1,500 kerana menjaganya.

Khampy mengatakan keluarganya menolak untuk mempercayai lelaki itu adalah bapanya dan sedang menunggu pihak berkuasa Kemboja untuk memberikannya balik. – AFP