Bar terbakar ragut 13 nyawa

Bar terbakar ragut 13 nyawa

ROUEN, Perancis, 7 Ogos – Kebakaran tercetus yang dipercayai berpunca daripada lilin kek hari jadi telah memusnahkan sebuah bar di utara Perancis awal semalam, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang yang merupakan kebakaran paling dahsyat lebih satu dekad, kata penyiasat.

Melalui tingkap depan bar Au Cuba Libre di Rouen, kekecohan dapat dilihat dengan sebilangan mereka menangis dan memeluk antara satu sama lain.

Mereka yang terbunuh berusia antara 16 hingga 25 tahun. Salah seorang daripada enam yang cedera, seorang wanita mengalami kecederaan yang teruk akibat melecur, telah dipindahkan ke Hospital St Louis di Paris di mana dia berada dalam keadaan yang mengancam nyawa, kata timbalan pendakwa tempatan, Laurent Labadie.

Datuk Bandar Yvon Robert berkata, lima yang lain cedera telah dikeluarkan dari hospital.

Pihak berkuasa berkata, bar itu penuh sesak dengan para pemuda. Menurut sumber polis, majlis hari jadi itu adalah untuk bekas pegawai sokongan masyarakat polis yang merupakan antara yang maut.

Perdana Menteri Manuel Valls menyatakan “kesedihan yang mendalam pada tragedi yang meragut 13 nyawa muda itu”.

Pegawai polis dan penyiasat kebakaran ketika melakukan pemeriksaan terhadap kerosakan bar Au Cuba Libre di Rouen, utara Perancis selepas kebakaran berlaku semalam. – AFP
Pegawai polis dan penyiasat kebakaran ketika melakukan pemeriksaan terhadap kerosakan bar Au Cuba Libre di Rouen, utara Perancis selepas kebakaran berlaku semalam. – AFP

Labadie ketika memberitahu kepada AFP kebakaran itu, yang bermula sekitar tengah malam (2200 GMT Jumaat) di ruangan bawah bar.

“Seseorang telah turun dengan kek hari jadi dengan lilin jatuh ketika turun tangga,” kata Labadie, memetik hasil siasatan awal.

Anggota bomba datang tidak lama selepas kejadian dan mendapati mereka yang berada di dalam bar tersebut berjuang untuk menyelamat diri. – AFP