Barah otak, barah pembunuh kanak-kanak nombor satu di AS

Barah otak, barah pembunuh kanak-kanak nombor satu di AS

NEW YORK, 16 Sept – Barah otak kini menggantikan leukemia sebagai barah pembunuh kanak-kanak nombor satu di Amerika Syarikat, berikutan rawatan leukemia yang semakin baik dan ketiadaan kemajuan dalam rawatan barah otak.

Perangkaan kerajaan menunjukkan perubahan dalam kedudukan berasaskan kajian 15 tahun sijil kematian.

“Saya rasa kebanyakan orang, apabila memikirkan mengenai barah kanak-kanak, pasti teringatkan leukemia,” kata pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Sally Curtin.

Barah adalah punca keempat kematian kanak-kanak secara keseluruhan, merangkumi kira-kira satu dalam setiap 10 golongan itu pada 2014. Kira-kira satu perempat daripada kematian akibat barah, atau 534, disebabkan barah otak manakala leukemia menyebabkan 445 kematian.

Kecederaan akibat kemalangan kekal menjadi punca utama kematian bagi golongan bawah 19 tahun, diikuti bunuh diri dan bunuh, menurut laporan. – AP