Barangan ibu & anak di bawah 1 bumbung

Barangan ibu & anak di bawah 1 bumbung

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Untuk memudahkan orang ramai membeli barangan ibu dan anak di bawah satu bumbung, Syarikat Mantuka.Com dengan kerjasama Creads Design & Printing menganjurkan ‘Mother and Baby Weekend Fair’ yang berlangsung di Tingkat 7, Al-Barakah Grandball Room, Hotel Parkview, Jerudong, bermula hari ini hingga 5 Jun.

Pameran Jualan Ibu dan Anak ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Menurut penganjur pameran, Dayang Sabrina binti Sallehuddin, jualan ini bertujuan untuk memudahkan bakal ibu bapa atau ibu bapa membeli barangan keperluan ibu dan anak yang dijual secara khusus di samping memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha tempatan memperkenalkan barangan atau produk mereka.

Sebanyak 10 vendor menyertai jualan tiga hari tersebut, yang terdiri daripada Tiny Little Blessings, Ainras Gulali, Rumah Madrasah, Perusahaan Jamu Cantik, D’little Caliph Shoppe, For the little Gems, Smiggle Delima, Bouncerku, NS_INC dan Qharleefa Baby.

Selain mempamerkan produk ibu dan anak, beberapa aktiviti menarik seperti pameran kucing, bouncer, inai, dan melukis muka turut memeriahkan lagi suasana pameran, malah kanak-kanak yang hadir juga diberikan belon secara percuma. Pihak penganjur berharap pameran jualan yang diadakan ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, dalam pada itu mengumumkan bahawa mereka juga akan mengadakan Pameran Jualan Kanak-kanak pada 29 hingga 31 Julai di Hotel Radisson.

 

ARTIKEL YANG SAMA