Barat Australia digesa sedia hadapi ‘parti taufan’

Barat Australia digesa sedia hadapi ‘parti taufan’

MELBOURNE, 11 Okt – Pegawai perkhidmatan kecemasan memberi amaran kepada penduduk di Barat Australia untuk menghadapi ‘parti taufan’ apabila negeri itu akan menghadapi musim taufan terburuk dalam tempoh sedekad.

Pakar-pakar telah memberi amaran bahawa Australia Barat (WA) akan dilanda lima siklon tropika sepanjang musim panas akibat suhu laut yang hangat dan La Nina yang lemah – fasa angin sejuk – di Lautan Pasifik.

Lima siklon dalam satu musim akan menjadikannya musim paling sibuk sejak negeri itu digemparkan dengan lima siklon pada tahun 1999, tiga daripadanya adalah ribut kategori lima di mana angin melebihi 200 kilometer sejam dan satu lagi dalam kategori empat.

Neil Bennett, dari Biro Meteorologi (BOM), berkata WA telah mengalami taufan di bawah tahap sederhana dan musim banjir pada tahun-tahun kebelakangan ini dimana tahun 2015 adalah sebagai musim taufan rendah-aktiviti yang pernah dicatatkan.

Graham Smith, Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan (DFES) berkata, semua warga Australia Barat harus mempunyai pelan pemindahan dalam kawasan mereka yang akan dilanda ancaman ribut tersebut.

Smith memberi amaran kepada penduduk bagi menghadapi ‘parti taufan’,” yang telah meningkat di negeri itu pada tahun-tahun kebelakangan ini.

“Kami menggesa masyarakat untuk mempunyai radio mudah alih, telefon bimbit berfungsi dan makanan serta air yang mencukupi untuk bertahan selama empat hari,” kata Smith kepada Fairfax. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA