Barca belasah Valencia

Barca belasah Valencia

BARCELONA, 4 Feb – Luis Suarez meledak empat gol dan Lionel Messi pula melakukan hatrik ketika Barcelona berkenduri gol dengan membelasah Valencia 7-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.

Dua gol dalam tempoh 12 minit daripada Suarez meletakkan Barca di depan sebelum Messi menjaringkan gol ketiga buat Barca.

Ia sebenarnya boleh menjadi lebih buruk buat skuad kendalian Gary Neville apabila sepakan penalti Neymar terkena palang selepas Shkodran Mustafi dibuang padang kerana menjatuhkan Messi dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, Messi dan Suarez menambah derita pelawat dengan masing-masing menyumbat dua lagi gol selepas waktu rehat bagi memudahkan lagi perlawanan separuh akhir kedua di Mestalla, minggu depan.

“Ia adalah salah satu permainan terbaik yang kami lalui sepanjang musim ini daripada semua aspek,” kat Suarez kepada Canal Plus.

Luis Suarez dan Lionel Messi meraikan gol ketika perlawanan menentang Valencia. – Reuters
Luis Suarez dan Lionel Messi meraikan gol ketika perlawanan menentang Valencia. – Reuters

“Daripada minit pertama hingga terakhir kami mempamer sikap yang hebat, kami mengawal bola dengan baik dan kami mendahului dengan selesa.

“Trofi Copa del Rey itu menjadi satu-satunya penyelamat Neville selepas lapan perlawanan tanpa kemenangan sejak mengambil alih kelab itu pada Disember lalu, tetapi Valencia jelas gagal menandingi Barca yang tampil dengan prestasi terbaik sekali gus menghampiri final kelima mereka dalam enam musim.”

Bagaimanapun, Neville menegaskan dia tidak bersedia lagi untuk meletak jawatan selepas hanya dua bulan mengambil alih kelab itu.

“Saya tidak dapat tidur lena malam ini. Saya tidak suka apa yang saya lihat dan kami perlu pulih segera,” kata bekas kapten Manchester United itu.

“Ia akan dirasai kesakitannya dalam tiga atau empat hari. Ini adalah kesakitan paling perit dalam bola sepak.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA