Barca belum puas

Barca belum puas

BARCELONA, 31 Dis (Reuters) – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique masih belum berpuas hati biarpun memenangi lima trofi pada 2015 dan berazam untuk melakukan lebih baik lagi pada tahun depan.

Pasukan Catalan itu kuat di bahagian serangan dan kemenangan 4-0 ke atas Real Betis semalam meletakkan rekod baru Sepanyol dengan 180 gol dalam setahun kalendar dan membawa kembali Barca ke kedudukan teratas La Liga.

Mereka menyusuli tiga kejayaan musim lalu dengan menjulang Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab, satu–satunya kekalahan mereka dalam domestik ialah Piala Super kepada Athletic Bilbao untuk menghentikan mereka menyamai enam trofi yang dimenangi oleh pasukan kendalian Pep Guardiola pada 2009.

“Ia adalah tahun yang bagus saya memberikannya sembilan kerana kami selalu meningkat,” Luis Enrique memberitahu sidang akhbar.

Pasukan Barcelona bergambar bersama lima trofi yang mereka menangi sebelum memulakan perlawanan menentang Real Betis, kelmarin. – Reuters
Pasukan Barcelona bergambar bersama lima trofi yang mereka menangi sebelum memulakan perlawanan menentang Real Betis, kelmarin. – Reuters

“Sebagai pemain falsafah saya selalu memberikan yang terbaik dan saya tidak pernah kesal apabila musim berakhir, dan ia adalah sama seperti seorang jurulatih.

“Tidak terdapat masa yang bagus atau teruk, saya akan cuba mengingati. Saya tidak akan terbawa-bawa dan 2015 adalah sebahagian daripada masa lalu. Ia tidak menarik minat saya sama sekali dan sekarang saya mahu melakukan lebih baik pada 2016 iaitu cara profesional untuk hidup.”

Luis Suarez menjaringkan dua gol dan Lionel Messi menjaringkan satu gol bagi penampilan ke-500 bagi Barca menentang Betis bersama Neymar, ketiga-tiganya menjaringkan 137 gol pada 2015.

Keadaan sekarang adalah berbeza berbanding Januari lalu apabila kedudukan Luis Enrique berada dalam seimbang dan terdapat khabar angin perselisihan di antara jurulatih dan Messi.