Barca berhak menang La Liga – Luis

Barca berhak menang La Liga – Luis

BARCELONA, 9 Mei (AFP) – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique percaya skuad kendaliannya adalah pasukan paling berhak untuk merangkul gelaran La Liga buat kali ke-24 jika berjaya menewaskan Granada di tempat lawan, Sabtu ini sekali gus memusnahkan peluang Real Madrid yang bangkit di saat akhir.

The Catalan yang kekal di tangga teratas mengekalkan kelebihan satu mata ke atas Real dengan berbaki satu perlawanan selepas meneruskan rentak cemerlang mereka apabila menewaskan Espanyol 5-0.

Luis Suarez meledak dua gol manakala Lionel Messi, Neymar dan Rafinha masing-masing menjaringkan satu gol buat Barcelona.

Bagaimanapun, Real masih mengekori rapat Barcelona dengan kemenangan ke-11 berturut-turut apabila menewaskan Valencia 3-2 sekali gus membuatkan penentuan gelaran juara liga hanya bakal ditentukan pada aksi terakhir musim ini.

“Ini adalah detik yang paling sukar buat semua pemain dan pasukan. Kami mahu mengatasinya dengan sebaik mungkin.

Enrique percaya skuad kendaliannya adalah pasukan paling berhak untuk merangkul gelaran La Liga buat kali ke-24 jika berjaya menewaskan Granada di tempat lawan, Sabtu ini sekali gus memusnahkan peluang Real Madrid yang bangkit di saat akhir. – AP
Enrique percaya skuad kendaliannya adalah pasukan paling berhak untuk merangkul gelaran La Liga buat kali ke-24 jika berjaya menewaskan Granada di tempat lawan, Sabtu ini sekali gus memusnahkan peluang Real Madrid yang bangkit di saat akhir. – AP

“Saya fikir kami bermain dengan corak permainan serba lengkap iaitu menyerang dan bertahan. Saya tidak ingat sama ada pihak lawan mempunyai peluang atau tidak, ini adalah detik paling menakjubkan dalam perlawanan ini.

“Kami perlu menewaskan Granada dan memenangi liga kerana beberapa minggu kami kekal di tangga tertas dan itu membuatkan kami berhak untuk muncul juara,” kata Enrique.

Barcelona kini sudah menjaringkan 21 gol tanpa balas dalam empat perlawanan sejak mereka tewas tiga aksi liga berturut-turut buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun.

Ironinya, Granada turut memastikan mereka secara matematiknya terselamat daripada zon penyingkiran dengan kemenangan 4-1 ke atas Sevilla yang bermain 10 pemain.

Bagaimanapun, Enrique tidak mahu memandang mudah kemampuan Granada yang boleh memberi ancaman kepada skuad bimbingannya itu.

“Kami tahu kesukaran yang kami bakal hadapi. Kami hanya selangkah lagi tetapi masih perlu bermain perlawanan terakhir. Kami percaya dengan cara kami bermain dan saya harap kami sudah cukup baik untuk menjuarai liga,” kata Enrique.