Barca buru ‘Suarez’

Barca buru ‘Suarez’

BARCELONA, 30 Dis – Jurulatih Barcelona Luis Enrique kagum dengan pemain sayap Villarreal Denis Suarez dan mungkin cuba membawanya kembali pada musim perpindahan pada bulan Januari.

Suarez yang telah menonjol dengan sikap tenang dan yakinnya dan kemahiran menggelecek telah kerap beraksi dalam pasukan Villarreal musim ini, dan dia akan menjadi pilihan berkesan kos untuk meningkatkan kedudukan Barca yang telah berkurang akibat tegahan pemindahan FIFA.

Barca mempunyai pilihan beli balik ke atas Suarez, dilaporkan tiga juta euro, yang mungkin difungsikan pada akhir musim tetapi mungkin bayaran dilaporkan 4.5 juta euro untuk membawanya lebih awal.

“Kami telah memerhatinya,” Luis Enrique memberitahu sidang media semalam.

“Dia bermain pada tahap sangat bagus pada masa ini, seorang pemain penting dan mungkin pilihan menarik.”

Pemain berusia 21 tahun itu merealisasikan janji awalnya dalam berusaha gigih menyesuaikan diri selepas dipilih oleh Manchester City, pada usia 17, dari akademi belia Celta Vigo.

Dia telah menandatangani bagi Barcelona dan dipinjamkan kepada Sevilla sebelum perjanjian dipersetujui dengan Villarreal sebelum kempen ini.

Barca tidak dapat menandatangani permain dalam tempoh dua musim lalu ekoran tegahan kerana merekrut secara haram pemain bawah umur tetapi tidak menghalang mereka memenangi lima trofi tahun ini.

Mereka akan dapat menggunakan Arda Turan dan Aleix Vidal pada Januari. Mereka tidak dapat beraksi setakat ini musim ini disebabkan sekatan itu.

Barca berdepan perlawanan akhirnya tahun ini menentang Real Betis hari ni dalam bersama-sama berada di tangga atas La Liga dengan Atletico Madrid dengan 35 mata dan kurang bermain disebabkan penyertaannya dalam Piala Dunia Kelab bulan ini. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA