Barca, Celta, Espanyol catat kemenangan

Barca, Celta, Espanyol catat kemenangan

BARCELONA, 21 Feb (Reuters) – Gandingan hebat dari dua pemain Barcelona, Luis Suarez dan Neymar sekali lagi mencatatkan rekod tanpa kalah kepada 32 perlawanan selepas berjaya menewaskan Las Palmas dengan jaringan 2-1, malam tadi.

Suarez menjaringkan gol pada minit keenam dan Neymar memastikan kelebihan buat pasukan pelawat dalam aksi di Canary Islands itu sebelum waktu rehat, sebaik saja selepas penyerang Las Palmas, Willian Jose menyamakan kedudukan kepada 1-1.

Suarez, selepas menjaringkan gol ke-41 musim ini dalam semua pertandingan, mempunyai peluang yang baik untuk meningkatkan pendahulu jaringan bagi Barcelona pada awal babak kedua tetapi dicantas oleh Varas.

Barcelona kini menjarakkan jurang di puncak dengan sembilan mata sebelum penghuni tangga kedua, Atletico Madrid berdepan Villarreal awal pagi esok, tatkala Real Madrid pula berkunjung ke Malaga, malam ini.

Dengan berada di laluan tepat bagi mengekalkan gelaran juara di peringkat domestik, Barcelona juga dijadual kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini dengan kunjungan ke Arsenal untuk perlawanan pusingan 16 terbaik.

Luis meraikan jaringan bersama Neymar selepas berjaya menewaskan Las Palmas dengan jaringan 2-1. - Reuters
Luis meraikan jaringan bersama Neymar selepas berjaya menewaskan Las Palmas dengan jaringan 2-1. – Reuters

“Kami berdepan detik yang sukar di halaman lawan tetapi kami berjaya meraih tiga mata dan kami perlu gembira dengan keputusan ini,” kata Suarez.

Sementara itu, John Guidetti menjaringkan dua gol buat Celta Vigo sebelum Eibar bangkit menyamakan kedudukan yang menyaksikan kelab the Basque itu menang 3-2 seterusnya melonjak ke kedudukan keenam carta. Espanyol juga menamatkan badi enam perlawanan tanpa kemenangan apabila menewaskan Deportivo La Coruna 1-0, berterima kasih kepada jaringan Marco Asensio di babak kedua perlawanan manakala Sporting Gijon terikat 1-1 dengan Real Betis.

Espanyol mengumpul tiga mata hasil kemenangan ke atas Deportivo La Coruna pada La Liga Sepanyol di Stadium Cornella El Pratt, Espanyol.

Kemenangan tipis ini membawa Espanyol di kedudukan ke-15 dengan 25 mata, sementara Deportivo La Coruna masih berada di kedudukan ke-9 dengan mengumpul 32 mata.

ARTIKEL YANG SAMA