Barca cipta Sejarah

Barca cipta Sejarah

MADRID, 4 Mac (AFP) – Lionel Messi melakar hatrik ketika membantu Barcelona melangkah setapak lagi merangkul gelaran La Liga dengan membelasah Rayo Vallecano yang beraksi dengan sembilan pemain 5-1, awal pagi tadi.

Kemenangan bergaya itu juga membolehkan anak buah Luis Enrique mencipta rekod baharu bola sepak Sepanyol dengan 35 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Dua gol selang dua minit di pertengahan babak pertama oleh Ivan Rakitic dan Messi membuktikan penguasaan Barcelona sebelum Diego Llorente dilayangkan kad merah kerana mengasari Rakitic.

Messi melengkapkan hatrik pada babak kedua sementara Alberto Manucho menghadiahkan gol sagu hati buat Rayo.

Luis Suarez bagaimanapun terlepas sepakan penalti selepas Manuel Iturra turut dibuang padang sebelum Arda Turan menambah satu lagi jaringan yang juga gol pertamanya bersama Barca.

Arda Turan meraikan gol bersama Lionel Messi dan Luis Suarez selepas berjaya membolosi gawang Rayo pada perlawanan La Liga di Stadium Vallecas, Madrid. – Reuters
Arda Turan meraikan gol bersama Lionel Messi dan Luis Suarez selepas berjaya membolosi gawang Rayo pada perlawanan La Liga di Stadium Vallecas, Madrid. – Reuters

Barca kini unggul di puncak liga dengan mendahului Atletico Madrid lapan mata sementara Real Madrid di tempat ketiga tatkala saingan berbaki 11 perlawanan lagi.

“Kami bermain dengan sangat bagus dan apabila kami berada di tahap ini daripada segi sikap dan kesungguhan bermain, ia adalah sangat sukar buat lawan,” kata Enrique.

“Rayo sebelum ini sukar ditewaskan dalam tujuh perlawanan liga mereka sendiri dan memaksa Barca penjaga gol Claudio Bravo bertindak dengan aksi yang lebih berhati-hati.”

Bagaimanapun pada perlawanan tersebut, tembok pertahanan pasukan Rayo kelihatan rapuh dan memberi galakan kepada juara Eropah, Barca untuk mengambil kesempatan ini bagi menembusi gawang pertahanan pasukan tersebut.

Jurulatih Barcelona, Luis Enrique berkata dia tidak sabar untuk menantikan momen yang ‘cantik’ pada sebahagian besar musim ini ketika pasukannya berada di puncak liga lain, Piala dan Liga Juara-Juara tiga kali ganda.

ARTIKEL YANG SAMA