Barca cuba bangkit

Barca cuba bangkit

MADRID, 25 Sept (AFP) – Juara Eropah Barcelona mampu bangkit daripada aib pada pertengahan minggu ketika menjadi pasukan belasahan Celta Vigo 4-1 apabila Las Palmas melawat Nou Camp, esok.

Permulaan sempurna kempen liga Barca berakhir Rabu lalu apabila Celta membebankan mereka dengan kekalahan liga paling berat sejak 2008.

Pemain Luis Enrique merosot ke tangga kelima, namun mereka mempunyai satu peluang segera untuk kembali ke puncak liga dalam beberapa jam sekurang-kurangnya Sabtu ini dengan Real Madrid, Celta, Villarreal dan Atletico Madrid juga akan beraksi lewat esok.

“Selepas keputusan seperti itu, anda sentiasa berasa tertekan walaupun kami memikirkan jaringan itu diperbesar-besarkan berbanding apa yang sepatutnya,” kata midfield Barca Sergio Busquets.

Reaksi Luis Enrique semasa anak buahnya menentang Celta Vigo di stadium Balaidos kelmarin. – Reuters
Reaksi Luis Enrique semasa anak buahnya menentang Celta Vigo di stadium Balaidos kelmarin. – Reuters

“Kami perlu membuka lembaran baru dan belajar daripada kesilapan. Respons yang terbaik adalah untuk menang ke atas Las Palmas di Nou Camp Sabtu ini. Liga ini masih panjang dan sehingga kini kami telah memenangi setiap perlawanan.”

Barca hampir kembali kepada kekuatan penuh dengan Gerard Pique membuat penampilan pertama liga musim ini selepas menjalani penggantungan empat perlawanan. Penjaga gol Claudio Bravo, yang bakal diketepikan untuk sekurang-kurangnya sepanjang bulan mencetuskan kebimbangan.

Dengan Bravo berada di gawang, Barca bolos hanya sekali dalam tiga perlawanan musim ini. Namun, dengan Marc-Andre ter Stegen sebagai barisan pertahanan terakhir, mereka bolos 15 kali dalam enam perlawanan, dan tiga kali bolos empat gol.